:: Agar-agar Cermin ::

Saturday 16 April 2011



bahan-bahannya

bahan 1 ( agar-agar untuk dicerminkan)

agar-agar 
air 
gula pewarna merah,biru,& serbuk koko

masak agar-agar & gula sampai hancur.. bahagi kepada 3 bahagian..merah,biru & coklat..masukkan dlm fridge supaya cepat keras..bila dah keras, potong kiub agaar-agar tersebut..

bahan 2 ( agar-agar yang menjadi cermin)

agar-agar
air
gula
susu cair
esen vanilla
tepung jagung

masak agar-agar & gula sampai hancur..masukkan susu cair, esen vanilla & (tepung jagung+air)..

then, agar-agar yang menjadi cermin dituang di dalam loyang/bekas..dan ditaburkan agar-agar yang untuk dicerminkan.. siap!!

:: Trifle Cocktail ::



Bahan-bahannya:-
1)kek swiss roll (strawberry dan coklat)
2)cocktail (satu tin)
3)jelly (setengah kotak)
4)qisytah (satu tin)..*tp kalo nak ag sedap wat la 2 tin atau guna whipe cream


Bahan-bahan untuk puding kastard:-
1)air masak (100ml)
2)susu cair (200 ml)
3)tepung kastard (3 sudu besar)
4)gula (5 sudu besar)
5)kuning telur (2 biji)
6)esen vanila (3/4 camca teh)


ok..aku dah tunjukkan bahan-bahannya..sekarang mari kita buat triffle.

Langkah pertama:potong kek swiss roll strawberry nipis2 dan susun di dalam bekas,pastu renjis air cocktail kat atas kek tu..aku gune loyang jer..tak de bekas lawa kat umah aku ni..insyaAllah pas ni aku beli la..haha..


Langkah ke 2:Bila dah renjis2 tu..macam renjis2 time bersanding tu..pastu kita letak qisytah..aku guna qisytah pisang..sbb tiba2 aku terjumpa kat dapur aku.. jd aku guna jer..tak kesah la nak guna qisytah perisa apa2 pon..hehe..


Langkah ke 3:susun kek swiss roll coklat pula..wat macam langkah pertama k.. 


Langkah ke 4:ok..sekarang kita wat kastard pula..mula2 kita campurkan air dengan tepung kastard tu untuk mengelakkan tepung tu dari berketul bila di masak nnti.pastu..campurkan ke semua bahan kecuali esen vanila.bila dah cmpurkan kesemua bahan,masak di atas api yang sederhana dan kaco berterusan sehingga likat..bila dah nampak cm nak likat2 tu..taruk esen vanila..rase cm dah pekat..terus tuang kat atas kek coklat tu dan ratakan. aku pon men letak jer..bukan jenis ikot sukatan pon..tapi kalo ase takot2,ikotlah sukatan tu..haha 


Langkah ke 5:susun buah cocktail di atas puding kastard ni..tunggu la die keras sikit kastardnya..nanti klo terus letak,tenggelam la pulak buahnya..haha


angkah ke 6:ni yang last la..wat jelly..ikot je arahan kat kotak tu..nnt siap la jelly tu..pastu tuang je la kat atas buah tu..bila dh tuang jelly..tunggu sejuk sekejap..masuk kan kek ni dalam peti ais dan tunggu jelly tu keras..makan tika sejuk..mmg nyum3x..hehe:)

tadaaaaaaaaa~!!!ni lah hasilnya~!!sedap wei..tak tipunya..hak2
ok..sudah habis pembelajaran memasak kita ari ni..senang je kan..budak2 pon leh wat benda ni..hahah..lapis2 je..bukannya ape pon..cuma bila penyakit malas korang datang,wajib2 tak jadi la kek triffle ni..haha..tapi bila korang wat kek ni..jangan lupa,bg la ckit kat tuan blog ni..haha..dan ag satu kalo tak cuba,memang rugi la..sius aku cakap MEMANG SEDAP..ag2 time syitak ni.. uuu.. masyuuukkk...hahaha..

:: Nasi Kerabu ::

beginilah rupanya..kenal pasti sendiri mana satu bendanya..kek trifle mnyibuk seketika..haha..


Nasi kerabu ni cara Jordan la kan,asal sedap..layan je..keh3


Bahan-bahan:-
-Beras
-pewarna biru
-bawang merah(*)
-halia(*)(#)
-bawang putih(#)
-cili besar(*)
-santan
-serbuk kari
-serai(#)
-hampas kelapa
-sardin jenama MILO
-ayam
-garam
-kacang buncis
-sayur kobis
-budu
-lemon

1)Nasi:Masak cam bese,then taruk pewarna biru.Maka,birulah nasi tersebut.haha.Agak-agak la taruk pewarna tu,cam aku aritu,tertaruk banyak,memang biru sangat la kan..keh3[padahal taruk satu penutup kecik tu je..adeii]~bersesuaian ngan nasi yang ingin di masak~

2)kuah tok nasi kerabu ni:Blender kesemua bahan yang bertanda (*),pastu tumis di atas api,then bubuh santan dan letak garam secukup rasa.Kacau sehingga masak,kalo nak pekat,tak yah taruk air banyak-banyak.

3)kelapa:Mula-mula sangai kelapa atas api [macam nak wat kerisik] tapi tak payah lama-lama sangat,cam separuh masak tok memudahkan di blender,time blender pulak,jangan blender smpai hancur macam kerisik tu,blender sikit-sikit je.
Selepas itu,blender bahan yang bertanda (*) dan keluarkan ikan sardin tu,buang minyak dia,then hancurkan ikan tu[aku buat blender je sekali ngn bahan bertanda (*) dan letak garam sedikit.
Bila dah siap semua ni,gaulkan semua[hampas kelapa yang sudah di blender dan ikan sardin tadi]pastu rasa,kalau kurang rase,taruk garam lagi.(ikot citarasa masing-masing)

4)Ayam berempah:Blenderkan kesemua bahan bertanda (#).Selepas itu lumurkan ayam tadi dengan bahan yang diblender+serbuk kari+garam.Perap seketika supaya ianya meresap ke dalam isi ayam tersebut.

5)Sayur kobis dan kacang buncis dipotong nipis-nipis.Makan begitu sahaja.

6)Budu:Tumis bawang merah dan cili,pastu masukkan budu,then perahkan lemon sedikit.

Haaa..macam tu la masak nasi kerabu ni,senang je tapi banyak benda nak kene wat..hehe.. Sesiapa yang free-free tu,tengah tak de watpe,bek try masak-masak,bila dah masak,perut pon senang-lenang dan bergumbira la kan..keh3.
dimasak oleh : Kak Najwa (chef hebat Plaza Home 12)

JOM MAKAN!~ Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino