beginilah rupanya..kenal pasti sendiri mana satu bendanya..kek trifle mnyibuk seketika..haha.. |
Bahan-bahan:-
-Beras
-pewarna biru
-bawang merah(*)
-halia(*)(#)
-bawang putih(#)
-cili besar(*)
-santan
-serbuk kari
-serai(#)
-hampas kelapa
-sardin jenama MILO
-ayam
-garam
-kacang buncis
-sayur kobis
-budu
-lemon
1)Nasi:Masak cam bese,then taruk pewarna biru.Maka,birulah nasi tersebut.haha.Agak-agak la taruk pewarna tu,cam aku aritu,tertaruk banyak,memang biru sangat la kan..keh3[padahal taruk satu penutup kecik tu je..adeii]~bersesuaian ngan nasi yang ingin di masak~
2)kuah tok nasi kerabu ni:Blender kesemua bahan yang bertanda (*),pastu tumis di atas api,then bubuh santan dan letak garam secukup rasa.Kacau sehingga masak,kalo nak pekat,tak yah taruk air banyak-banyak.
3)kelapa:Mula-mula sangai kelapa atas api [macam nak wat kerisik] tapi tak payah lama-lama sangat,cam separuh masak tok memudahkan di blender,time blender pulak,jangan blender smpai hancur macam kerisik tu,blender sikit-sikit je.
Selepas itu,blender bahan yang bertanda (*) dan keluarkan ikan sardin tu,buang minyak dia,then hancurkan ikan tu[aku buat blender je sekali ngn bahan bertanda (*) dan letak garam sedikit.
Bila dah siap semua ni,gaulkan semua[hampas kelapa yang sudah di blender dan ikan sardin tadi]pastu rasa,kalau kurang rase,taruk garam lagi.(ikot citarasa masing-masing)
4)Ayam berempah:Blenderkan kesemua bahan bertanda (#).Selepas itu lumurkan ayam tadi dengan bahan yang diblender+serbuk kari+garam.Perap seketika supaya ianya meresap ke dalam isi ayam tersebut.
5)Sayur kobis dan kacang buncis dipotong nipis-nipis.Makan begitu sahaja.
6)Budu:Tumis bawang merah dan cili,pastu masukkan budu,then perahkan lemon sedikit.
Haaa..macam tu la masak nasi kerabu ni,senang je tapi banyak benda nak kene wat..hehe.. Sesiapa yang free-free tu,tengah tak de watpe,bek try masak-masak,bila dah masak,perut pon senang-lenang dan bergumbira la kan..keh3.
dimasak oleh : Kak Najwa (chef hebat Plaza Home 12)
0 comments:
Post a Comment